Pendulang berpengalaman nasihat jangan tinggal kerja tetap kerana nak cari emas
Aktiviti mendulang emas yang sebelum ini kurang dipedulikan semakin mendapat perhatian ramai sehinggakan jumlah pendulang emas di beberapa daerah di Kelantan meningkat ketara sejak seminggu lalu.
Perkara ini menjadi perbincangan hangat di media sosial apabila seorang pengguna Facebook menasihatkan orang ramai untuk tidak berhenti kerja semata-mata untuk mendulang emas.
Kata Norisham Suria, aktiviti mendulang emas tidak seindah yang disangka kerana ia bukan kerja mudah terutama bagi mereka yang tiada pengalaman.
“Saya bukan tamak ke apa,cuma nak bagitahu kalau dah ada kerja baik jangan behenti kerana ingin mencari emas. Sebab benda ni bukan mudah ye bagi yang tiada pengalaman. Mungkin 5 kali mendulang dah sakit pinggang.
“Betul aku cakap. Benda ni tidak menjamin apa-apa. Kalau tengok orang lain dapat banyak-banyak tu jangan tergoda sangat. Ianya satu kerja susah betul aku cakap,” kongsinya.
Ramai senada dengan perkongsian tersebut, menasihatkan orang ramai terutama anak muda supaya tidak terpedaya dengan “content” peroleh emas yang digembar gemburkan di media sosial.
Seorang individu berkata, dia hanya peroleh tidak sampai 1 gram emas walaupun sudah lebih tiga jam mendulang.
Ramai menyarankan aktiviti seperti ini dilakukan sebagai kerja sampingan dan bukan bergantung sepenuhnya
BACA JUGA Populariti PMX di Sabah agak tinggi, bolehkah diterjemah dalam bentuk undi?