Populariti PMX di Sabah agak tinggi, bolehkah diterjemah dalam bentuk undi?

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim, menyifatkan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah agak tinggi, jauh mengatasi tahap nasional.

Itu antara dapatan beliau hasil tinjauan di lapangan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Mohd Yusri berkata, rata-rata penduduk Sabah yang ditemui mempamerkan penerimaan baik terhadap PMX, juga terhadap Kerajaan MADANI.

Namun isu yang lebih besar katanya, adakah penerimaan baik itu boleh diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon-calon bertanding.

“Secara umumnya, populariti PMX di Sabah agak tinggi, jauh mengatasi tahap nasional.

“Namun isunya, bolehkah penerimaan baik terhadap PMX ini diterjemah dalam bentuk undi, khususnya terhadap parti PMX dan parti-partinya yang berkolaborasi dengan PMX?

“Bolehkah populariti PMX ini memudahkan rundingan pembentukan kerajaan Sabah pasca 29 November nanti?,” kongsinya di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai dapatan kajian mereka tidak lama lagi

BACA JUGA Surat sokongan cadangan kontraktor terbongkar, rupanya projek kerajaan negeri