Konspirasi fitnah, Shamsul Iskandar lapor polis

Mantan setiausaha politik kanan perdana menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin telah membuat laporan polis terhadap Albert Tei ekoran tohmahan dan fitnah Tei terhadap dirinya.

Laporan polis tersebut dibuat Balai Polis Sandakan.

“Perbuatan tuduhan fitnah ini jelas satu konspirasi jahat untuk memburukkan imej YAB PM dan usaha terancang untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik, apatah lagi di musim kempen pilihanraya Sabah,” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak akan membiarkan mana-mana individu menggunakan nama saya atau jawatan saya sebelum ini untuk cuba menjatuhkan kerajaan atau mencemarkan nama baik Perdana Menteri.

Tei dalam satu rakaman video mendakwa bahawa beliau telah memberikan Shamsul lebih daripada RM600,000 untuk membantunya mendapatkan semula wang yang telah diberikan para pemimpin di Sabah.

BACA JUGA: Calon PH Elopura kecam komik hina wanita mengandung