PH tak pernah biaya kempen burukkan Warisan di media sosial
Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membiayai sebarang aktiviti untuk memburukkan parti Warisan di media sosial.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata PH tidak mempunyai sumber kewangan seperti didakwa Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal kononnya PH menggunakan dana RM8 juta untuk memburukkan Warisan.
“Saya tidak tahu apa yang dia cakap. Bagi Pakatan Harapan, kami tidak ada dana seperti itu,” katanya ketika ditemui media semalam selepas melawat Pusat Media PRN Sabah di Penampang.
Shafie mendakwa seteru politik menggunakan RM8 juta dana awam untuk membiayai kempen media sosial yang bertujuan memburukkan Warisan
Kelmarin, PKR Tuaran menafikan terlibat perbuatan khianat susulan papan iklan milik calon Warisan di DUN Pantai Dalit diconteng dengan tulisan ‘PKR Kirim Salam’.