Samakan bahtera Warisan dengan Bahtera Nabi Nuh: Minta maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataan, Chin Tek Ming

Calon Pakatan Harapan DUN Kapayan Datuk Jannie Lasimbang membuat bantahan keras terhadap dakwaan calon Warisan Chin Tek Ming yang menyamakan logo bahtera Warisan dengan Bahtera Nabi Nuh.

“Chin Tek Ming perlu bertanggungjawab dengan menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf secara terbuka, terutamanya kepada mereka yang berasa tersinggung atau tidak selesa dengan perbandingan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menambah bahawa simbol keagamaan tidak boleh dijadikan alat naratif politik.

“Kempen pilihan raya seharusnya mengetengahkan dasar, prestasi serta integriti calon, dan bukannya mewujudkan imej “penyelamat” melalui penggunaan simbol atau kisah agama.”

Jannie dan Chin adalah di antara 12 calon yang bertanding di kerusi Kapayan.

Pilihan raya negeri Sabah akan berlangsung 29 Nov.