Agong nasihat umat Islam jangan terpengaruh fahaman bertentangan ajaran Islam
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihatkan umat Islam di seluruh negara supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat atau fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
Baginda menyatakan kebimbangan berikutan penularan ajaran dan fahaman yang menyimpang terutama melalui media sosial.
Baginda bertitah demikian ketika menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Ali,
Pada sesi mengadap bersama Yang di-Pertuan Agong, Yahya mempersembahkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh JAINJ dalam membanteras ajaran sesat di Johor.
JAINJ mengambil pelbagai langkah dalam membendung penularan ajaran sesat di Johor, selain memantau cubaan menyebarkan ajaran sesat terutama mereka dari luar Johor .
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan nasihat supaya umat Islam sentiasa meningkatkan ilmu agama, memperkukuh kefahaman serta mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenar.
BACA JUGA MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di Johor dan Sarawak