Anwar rayu pengundi Sulabayan bagi undi kepada calon PH Ustaz Zulfikar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke Merotai malam tadi dan meminta semua pengundi agar memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan yang bertanding di DUN itu, Ruji Ubi.

Tidak terlepas, Anwar menyeru agar sokongan turut diberikan kepada calon DUN Sulabayan dari AMANAH, Ustaz Mohd Zulfikar Ab Mijan.

“Sulabayan, Ustaz Zulfikar calon nombor 4.

“Kirim salam, anak muda whatapps malam ini juga, bagi tahu kawan-kawan, Anwar minta tolong bantu calon Pakatan Harapan Sulabayan nombor…” dengan disahut oleh penonton “empat”.

(Anwar merayu kepada pengundi, khasnya anak muda, agar mengirim salam kepada rakan-rakan mereka agar mengundi Ustaz Zulfikar dalam pilihan raya negeri kali ini. – Gambar WAN ZAHARI SALLEH)

Anwar baru sahaja pulang dari lawatan kerja ke Afrika termasuk menyertai mesyuarat G20 di Afrika Selatan.

Di Sabah, Anwar turut turun ke Tawau bagi berkempen untuk calon-calon PH.

Sebelum ini, bekas Adun Sulabayan menyeru semua penyokong beliau dari BN memberikan sokongan kepada Ustaz Zulfikar.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga turun turun ke Sulabayan bagi membantu calon PH itu.

Rakyat Sabah akan keluar mengundi Sabtu 29 November ini. Dua hari lepas, 92% pengundi awal telah membuang undi masing-masing.

BACA JUGA Sokongan Warisan semakin merosot menjelang hari pengundian