Kelibat Papagomo dalam sidang media Tun M jadi perhatian

Kehadiran Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dalam sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam menarik perhatian orang ramai.

Rata-rata mengkritik bekas Perdana Menteri memandangkan Papagomo merupakan seorang individu yang terkenal dengan sikap provokatif, penyebaran fitnah bersiri, maklumat palsu, serta sering mencetuskan kekacauan dalam arena politik dan undang‑undang.

Antaranya, pemerhati Amran Fans yang menyifatkan kehadiran Papagomo sebagai titik terendah dalam sejarah kepimpinan pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu.

Pengguna X, Ariff Asyraf pula secara sinis memuji barisan ‘Kabinet’ Tun M apabila turut disertai Papagomo yang dianggap sebagai Menteri kewangan terbaik dunia.

Sementara itu, Norhisyam Hasim berpendapat Papagomo mungkin menyangka Mahathir akan boleh membiayainya.

Tidak kurang juga yang menempelak bertanyakan sama ada Papagomo dan mereka sekeliling itu hanya saki-baki penyokong Mahathir yang netizen gelar sebagai ‘Atok’.

Selain itu, ada juga menyifatkan detik pertemuan itu sebagai hari yang paling memalukan bagi seorang yang kononnya negarawan apabila berkumpul bersama tukang fitnah.

“Kesian Tun… dari seorang negarawan dah jadi seorang kekacauan,” perli Yusry Danie pula.

BACA JUGA Nik Abduh dicemuh selepas sembang Pas kekal rekod bersih rasuah