MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di Johor dan Sarawak

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga 1 tengah hari ini.

Cuaca buruk dijangka melanda Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

Turut terkesan adalah Sarawak membabitkan Sarikei dan Meradong. Di Mukah, 3 daerah terkesan iaitu Tanjung Manis, Daro dan Matu.

Sementara itu Malaysia kini telah memasuki episod pertama Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dengan negara dijangka berdepan beberapa lagi gelombang hujan lebat pada bulan-bulan akan datang.

Episod awal monsun lazimnya melanda Kelantan dan Terengganu, manakala Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan lebih lebat dalam episod yang diramalkan pada Disember dan Januari.

Malaysia kebiasaannya merekodkan antara empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang musim monsun dari November hingga Mac

BACA JUGA Anwar rayu pengundi Sulabayan bagi undi kepada calon PH Ustaz Zulfikar