SPRM minta wanita dikait klip video Albert Tei datang beri keterangan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video melibatkan perbualan bersama ahli perniagaan, Albert Tei, untuk hadir bagi memberi keterangan.
SPRM berkata, kehadiran wanita ini amat penting bagi membantu siasatan kes yang melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
“SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta agar individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember 2025.
“Selain itu, SPRM juga telah menghubungi Albert Tei dan meminta individu ini hadir ke Pejabat SPRM pada tarikh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
SPRM mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh.
BACA JUGA Penipuan siber: Bank perlu sasar kempen kesedaran kepada golongan berisiko tinggi – Pakar