Akses kesihatan luar bandar diperkukuh, Menteri komited bantu masyarakat Kepulauan

Ziarah Kasih YB DS Dr. Haji Dzulkefly Ahmad Naib Presiden AMANAH ke Kg Balimbang dan sekitar Pulau Bum-Bum Utara, Semporna, Sabah. 27hb November 2025 (Khamis)

Program Ziarah Kasih bersama YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), berlangsung dengan penuh mesra di Kampung Balimbang, PDM Bum-Bum Utara, Semporna. Kehadiran beliau disambut meriah oleh penduduk setempat yang menantikan peluang untuk menyuarakan keperluan dan harapan mereka secara langsung.

Ziarah ini bertujuan memperkukuh hubungan dengan masyarakat akar umbi sambil meninjau sendiri keadaan kemudahan asas, kebajikan penduduk, serta isu-isu setempat yang memerlukan perhatian segera. Dr. Dzulkefly turut mengambil kesempatan berinteraksi dengan penduduk, mendengar keluhan mengenai keperluan pembangunan, akses kemudahan asas, serta peluang ekonomi di kawasan kepulauan.

Dalam pertemuan bersama komuniti, beliau menegaskan bahawa suara rakyat luar bandar, khususnya masyarakat pulau, tidak boleh dipinggirkan.

“Kehadiran kami hari ini adalah untuk mendengar secara dekat denyut nadi masyarakat. Suara dan keperluan tuan-tuan dan puan-puan sangat penting dalam membentuk dasar yang lebih inklusif,” katanya.

Program Ziarah Kasih turut melibatkan sesi ramah mesra, penyampaian bantuan asas kepada beberapa keluarga, serta tinjauan ke kawasan penempatan bagi mengenal pasti isu berkaitan kebajikan, infrastruktur dan pembangunan komuniti.

Program Ziarah Kasih turut melibatkan sesi ramah mesra, penyampaian bantuan asas kepada beberapa keluarga, serta tinjauan ke kawasan penempatan bagi mengenal pasti isu berkaitan kebajikan, infrastruktur dan pembangunan komuniti.

Penduduk Kg Balimbang menyatakan rasa terharu atas kehadiran pemimpin nasional ke kampung mereka dan berharap lebih banyak program turun padang seperti ini dilaksanakan pada masa hadapan.