Himpunan solidariti untuk Shamsul Iskandar
PKR Hang Tuah Jaya akan mengadakan himpunan solidariti untuk ketua cabang mereka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada pukul tiga petang di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Menurut satu mesej yang tular di WhatsApp, arahan mobilisasi ini dikeluarkan oleh timbalan ketua cabang PKR Hang Tuah Jaya Zamzizul Nordin.
Shamsul Iskandar yang juga mantan setiausaha politik kanan perdana menteri dijadualkan merekodkan kenyataan berhubung dakwaan yang telah tular menerusi klip video.
Klip video yang memaparkan ahli perniagaan kontroversi Albert Tei dan seorang wanita bernama Sofia Rini Buyong mendedahkan bahawa Shamsul telah memperoleh RM629,000 dalam bentuk ubahsuai unit kediaman dan mata wang asing.
Tei dikatakan memberikan wang tersebut dalam usaha mendapatkan wang rasuah yang diberikan olehnya kepada beberapa ahli politik Sabah.
Sofia Rini telah merekodkan kenyataannya semalam dan Tei dijadualkan memberikan kenyataannya pada Isnin.
BACA JUGA: SPRM: Kenyataan Sofia telah direkodkan, giliran Shamsul Iskandar hari ini