Ini jumlah wang yang telah diperoleh kembali berkaitan 1MDB dan SRC International

Sejak penubuhan Akaun Amanah Pemulihan Aset pada Disember 2018 sehingga 30 Sept, kerajaan telah mendapatkan semula dana RM31.2 billion berkaitan 1MDB dan SRC International.

“Dana tersebut dikawal ketat dan hanya digunakan untuk membayar hutang dan komitmen sedia ada 1MDB dan SRC,” kata Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis.

Kementerian tersebut menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) yang bertanya bagaimana kerajaan memastikan asset awam yang diperoleh kembali dalam kes berprofil tinggi digunakan untuk projek pembangunan umum menggunakan mekanisma pemantauan yang telus dan berkesan.

Kementerian Kewangan berkata kawalan ke atas dana tersebut mustahak untuk memastikan dana awam tidak dibebani dengan liability berkaitan 1MDB.

“Sehingga 30 Sept 2025, baki dana berjumlah RM5.29 billion manakala baki tertunggak 1MDB yang perlu dibayar kekal di tahap RM24.46 billion.

“Jumlah ini termasuk sukuk Nota Jangka Sederhana Islamik bernilai RM 9.02 billion dimana prinsipal bernilai RM5 billion dan faedah (RM4.02 billion manakala dahuluan pemegang saham dan Kementerian Kewangan Diperbadankan RM15.44 billion.”

BACA JUGA: Tunaikan janji di negeri PN sendiri sebelum tabur janji baharu di Sabah