KPKM komited perkukuh sokongan kepada Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah

FOTO BERITA: Program Libat Urus YB Datuk Seri Mohamad Sabu Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan bersama Peladang & Nelayan Semporna di Kg Gelam-Gelam, PDM Bum Bum Utara, Semporna Sabah. 27hb November 2025 (Khamis)

Program Libat Urus bersama peladang, penternak dan nelayan di Kg Gelam-Gelam, PDM Bum Bum Utara menyaksikan kehadiran Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Mohamad Sabu, yang meluangkan masa mendengar sendiri suara dan keperluan komuniti agromakanan di daerah Semporna.

Program yang berlangsung selepas sesi Walkabout di Jualan Agro MADANI pada pagi tadi memberi ruang kepada para peserta menyampaikan isu dan cadangan berkaitan sektor pertanian, penternakan dan perikanan. Menurut YB Mohamad Sabu, sesi seperti ini amat penting kerana golongan peladang, penternak dan nelayan merupakan tulang belakang keselamatan makanan negara.

“Peladang, penternak dan nelayan inilah yang memastikan rakyat kita cukup makan setiap hari. Sebab itu segala isu yang mereka hadapi – daripada kos input, infrastruktur, pasaran sehinggalah kebajikan – tidak boleh dipandang ringan,” katanya semasa sesi libat urus tersebut

Beliau menegaskan bahawa semua maklumat yang dikumpulkan daripada lawatan lapangan akan dibawa ke kementerian dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut dan penambahbaikan yang lebih berfokus.

YB Mohamad Sabu turut menekankan komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat Sabah serta keperluan pembangunan yang tersusun. Dalam ucapannya, beliau menambah bahawa tadbir urus yang baik dan kecekapan pelaksanaan amat penting bagi memastikan manfaat dasar kerajaan sampai terus kepada golongan sasaran.

[28/11, 5:55 am] Wannazek 016: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga akan terus memperkukuh sokongan kepada peladang, penternak dan nelayan, terutamanya dari segi bantuan, perlindungan serta peluang meningkatkan pendapatan.
[28/11, 5:56 am] Wannazek 016: > “Kita mahu sesiapa saja yang bekerja keras dalam sektor agromakanan menikmati kehidupan yang lebih baik,” ujar beliau.