PRN Sabah: Lebih 10 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi
Cuaca sejuk dan mendung malah hujan renyai menyelubungi kebanyakan kawasan sepanjang pagi hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pengundi warga emas termasuk golongan kurang upaya (OKU) seperti kelazimannya dilihat lebih ramai keluar mengundi seawal 7.30 pagi.

Di DUN Sulabayan, calon Pakatan Harapan (PH), Ustaz Zulfikar Ab Mijan selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sisipan, Semporna.
Pesaing beliau, calon Parti Warisan, Dr Jaujan Sambakong yang juga penyandang turut membuang undi di lokasi sama.
Setakat jam 9 pagi tadi, sebanyak 10.14 peratus iaitu 176,756 pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 1.78 juta pengundi layak menentukan wakil mereka dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk tempoh lima tahun akan datang.
Daripada jumlah itu, 53.9 peratus atau 960,099 pengundi muda berusia antara 18 dan 39 tahun sekaligus merupakan kelompok terbesar dan berpotensi mencorakkan landskap politik Sabah.
PRN Sabah kali ini menyaksikan seramai 596 calon daripada 22 parti politik dan 74 calon Bebas berebut untuk bertanding di 73 kerusi DUN.
BACA JUGA 960,099 pengundi muda Sabah pilih wakil rakyat baharu hari ini