Hajiji dah angkat sumpah Ketua Menteri jam 3 pagi tadi
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-17 awal pagi tadi di Istana Seri Kinabalu.
Beliau yang memenangi kerusi DUN Sulaman itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman pada jam 3 pagi tadi.
“Alhamdulillah selesai sudah saya mengangkat sumpah sebagai ketua menteri. Terima kasih kita jumpa esok,” katanya kepada media.
Mengikut keputusan rasmi, GRS mendahului pesaing dengan memperolehi 29 kerusi manakala pencabar terdekatnya iaitu Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) (6), UPKO (3) dan STAR (2).