PRN Sabah tunjuk isyarat besar, apa sebenarnya pengundi nak sampaikan?
OLEH LIYANA MARZUKI
Setiap kali pilihanraya, yang patut kita raikan ialah DEMOKRASI, bukan hanya PARTI.
PRN Sabah kali ini bukti jelas bahawa pola fikir pengundi sudah berubah.
Dan perubahan ini besar.
Pengundi Sabah tunjukkan kepada kita:
1. “Cash is no longer king”
Pengerusi BN Sabah Bung Mohktar hampir kalah dengan hanya majoriti 153 undi. Walaupun berkempen dengan mewah sekali.
Anak TYT yang bertanding di Sindumin atas tiket PKR kalah, walaupun PH threw the kitchen sink untuk menang di sini.
2. Pengundi tolak gabungan tidak stabil dan ada infighting”.
Pengerusi PN Sabah tumbang dengan majoriti besar. Walaupun antara figura yang efektif di Dewan Rakyat, parti nya suatu liabiliti. Pergaduhan dalaman dan sesama sendiri, buat orang tawar hati.
PN the biggest loser kali ini. Dengan 42 kerusi bertanding hanya menang 1. Yakni hanya 2%.
Yang satu kerusi ni diwar2kan oleh rakan sekolam, sebagai kemenangan PAS bukan PN. Nampaknya sudah ada bunga2 perpecahan. BERSATU akan hilang bargaining power menuju PRU16.
PKR dengan infighting dalaman, juga sangat terkesan. Semua kerusi hilang.
Kecuali kemenangan calon import dari GRS. Ini strategi horse trading yang makan hasil. Cuba bayangkan kalau parti PM dapat telur ayam. 1 kerusi ini menyelamatkan PH dari malu besar.
3. Pengundi Cina majoritinya “menolak janji manis: cakap lain buat lain”
Kalau PN biggest loser untuk coalition. DAP pula biggest loser untuk parti.
Mereka hilang kesemua kerusi DUN mereka di Sabah. Ini sama signal masa PRK Sungai Bakap.
Betul orang cakap. Pengundi cina ini, pengundi senyap. Mereka kalau tak suka, mereka tak perlu guling2 di jalan raya, hanya walk away sahaja. Itu lagi bahaya. Buat DAP terciduk jua.
Tunjukkan rakan2 Cina bukan taksub parti. Kalau mereka nak mereka boleh shift. Kadang datang dengar amaran besar. Bagi mereka yang nak memaham. “Anda perlu buck up ya. Kalau tak kami anytime boleh berpaling tadah”.
- Undi calon bukan parti”.
Ini jihad kita sejak Sheraton Move dan PRU15. Sabahans led the way 👍🏼
Walaupun telah di-GARDENIAkan seluruh negeri. PAS menang satu kerusi. Tunjukkan orang Karambunai tak kisahpun tentang “imej” parti.
Tapi kalau anda calon yang baik, berkualiti tinggi. Dengan orang lokal anda pandai dekati dan ikhlas tolong habis baik. Mereka akan undi.
Kalau PAS terus menerus memilih calon Profesional dan teknokrat yang pandai bekerja. Dan tiada perangai taksub dan khawarij yang suka menghina. Watak cool dan chill seperti Dr Ali Akbar. PAS mungkin terus kekal sebagai Parti dengan kerusi tertinggi dalam negara.
Tapi pemimpin dan penyokong mereka perlu berubah. Buang perangai takfiri dan khawarij. Kurangkan propaganda bodohkan ummah. Tolonglah bekerja dengan rahmah.
PAS juga made in road di pedalaman Sabah. Walau banyak kerusi yang hilang deposit, tapi undi mereka makin tahun makin bertambah. Ini kontras dengan parti PH yang hanya tertumpu di bandar.
Selain itu, pengundi juga ikut calon yang baik. Ada calon Bebas menang lepas mereka merajuk tinggalkan parti. Di Tulid, dah jadi Goliath vs David. YBnya menang besar selepas tinggal kan parti STAR.
Calon BEBAS menang sampai 5 kerusi ya. Ini perkembangan yang baik. Tunjukkan orang Sabah sudah mula pentingkan calon bukan lagi parti.
PENUTUP
Paradigm Shift di kalangan pengundi ini yang patut kita rai. Ia lambang pengundi kita makin matang. No longer cash is king. Blindly loyal pada logo/ label/ parti.
Pengundi nak calon yang berkualiti.
Menuju PRN lain dan PRU16, ingat2 lah semua parti.
Mulai sekarang mula cari calon dengan latar belakang baik. Sudah boleh turun padang dan dekatkan diri dengan pengundi. Station yourself there mulai sekarang.
Jangan lah dua minggu sebelum nak undi baru anda muncul campak2 duit.
Saya selalu percaya,
“The power in people is greater than the people in power”.
PRN Sabah memberi amaran kepada penguasa untuk beri apa yang kita mahukan. Politik khidmat, politik nilai dan politik ihsan.
Politik itu wadah membina negara. Bukan hanya nak bina mana2 bangsa atau agama. Makanya bagilah kita set2 yang wibawa.
Kami nak yang berkualiti NEGARAWAN.
Bukan hanya bangsawan dan agamawan .
Tahniah pengundi Sabah, jadi TRAILBLAZER ke arah demokrasi yang baik. Kami tabik!
Dirgahayu Sabah & dirgahayu Malaysiaku.
Tiada lain, hanya doa yang baik2 untukmu…
BACA JUGA Hajiji dah angkat sumpah Ketua Menteri jam 3 pagi tadi