PRN Sabah: Jangan dibandingkan prestasi AMANAH dengan Pas
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan bahawa prestasi partinya tidak boleh dibandingkan dengan Pas di dalam pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung kelmarin.
“Prestasi AMANAH tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan Pas.
“Sulabayan bukan pilihan kita namun calon kita mendapat undi yang bagus,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan kempen AMANAH di Sabah.
Beliau turut mendedahkan bahawa Pas turut menyasarkan Sulabayan tetapi tidak berjaya.
Untuk rekod, Pas bertanding lima kerusi dan menang satu manakala AMANAH bertanding di DUN Sulabayan dan tumpas.
Calon AMANAH Zulfikar Ab Mijan mendapat undi kedua terbanyak dengan 1405 undi berbanding dengan penyandang kerusi Datuk Dr Jaujan Sambakong dari Warisan yang memperoleh 7,318 undi
Khalid turut mengakui bahawa GRS dan BN lebih mantap di Sabah.
“Apa yang lebih penting ialah perpaduan itu dikekalkan. AMANAH tidak bertanding di kerusi tandingan mereka.” tambahnya.
Beliau turut mengulas berkenaan pandangan analisa bahawa Zulkfikar tumpas kerana ketidakpuashatian pengundi diterjemah kepada calon dari pasukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tiada siapa mahukan Sulabayan. Apa yang kami telah buat ini seumpama khidmat negara.
“Keputusan yang dicapai itu adalah kerana Sulabayan terletak di kawasan kubu kuat Warisan iaitu di Semporna.”
Beliau menambah bahawa AMANAH akan berunding untuk mendapatkan kerusi yang dimahukannya dalam pilihan raya negeri akan datang.
“Kepimpinan wajar mencari sebab ketidak puashatian pengundi. Satu post -mortem perlu dibuat,” tambahnya.
BACA JUGA: Calon PH Sulabayan ajak pengundi buat perubahan esok