Selepas proton kini Perodua, Malaysia dah masuk liga pengeluar EV sendiri
Perodua hari ini melancarkan QV-E, kereta elektrik pertama buatan Malaysia, yang ditawarkan pada harga RM80,000 tidak termasuk insurans dan bateri.
Seorang pemerhati ekonomi, Nazri Hamdan berkata, ini bukan sekadar kereta elektrik murah, tetapi isyarat bahawa Malaysia susah mula memasuki liga pengeluar EV sendiri.
Pelancaran oleh Perdana Menteri pagi tadi juga ll menunjukkan kerajaan meletakkan harapan besar pada model ini sebagai pemula ekosistem EV mampu milik negara.
“Perodua akhirnya melancarkan QV-E, EV pertama buatan tempatan yang betul-betul “from scratch”, dan harga RM80,000 memang buat ramai ternganga.
“Dari segi rupa, QV-E memang lain macam. Reka bentuk sporty, futuristik, ada jalur lampu LED di bahagian depan serta belakang, siluet ala coupe, dan rim 18 inci buat ia nampak jauh lebih mahal daripada harga yang diletakkan.
“Kabin pula kemas serta moden dengan skrin infotainment 10.25 inci, instrument cluster digital, pencahayaan ambien, steering flat-bottom, dan console terapung. Memang bukan vibe “Perodua lama” langsung,” terangnya terperinci.
Beliau menyenaraikan 3 perkara penting mengenai QV-E:
1. Harga RM80,000 tidak termasuk bateri
Model ni murah sebab Perodua asingkan harga bateri melalui skim sewa RM275 sebulan selama 9 tahun.
Kelebihannya: tiada risiko bateri rosak dan dapat lifetime warranty. Kekurangannya: komitmen bulanan wajib.
2. Prestasi dia bukan “level Axia”; dia laju! Dengan 150 kW dan 258 Nm untuk kereta Perodua adalah fenomena.
Sprint 0–100 km/j 7.5 saat letak dia dekat level hot hatch. Ini EV paling laju dalam sejarah Perodua.
3. Range 445 km dan pengecasan laju 30 minit
Dengan bateri CATL LFP, QV-E ada range yang sangat kompetitif. Cas 30% ke 80% dalam 30 minit buat ia sesuai untuk perjalanan jauh, bukan sekadar kereta bandar.
Kalau Perodua berjaya deliver reliability macam model petrol sebelum ni, QV-E berpotensi jadi EV paling laris di Malaysia dan pembuka jalan kepada era EV mampu milik sebenar.
BACA JUGA Ini dia barisan kabinet negeri Sabah yang diketuai Hajiji