Kerajaan sudah selesaikan RM42 bilion hutang 1MDB
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa hasil pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah digunakan sepenuhnya bagi melangsaikan liabiliti syarikat bermasalah itu yang berjumlah RM51 bilion.
Menurut Anwar, sehingga kini kerajaan berjaya membayar RM42 bilion daripada keseluruhan hutang tersebut, manakala RM13 bilion lagi terpaksa dibiayai melalui dana kerajaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa hasil daripada proses pemulihan aset 1MDB kini hanya berbaki RM2 bilion, sedangkan kerajaan masih memerlukan kira-kira RM7 bilion lagi bagi menampung komitmen pembayaran Sukuk Nota Kewangan Jangka Sederhana (IMTN) 1MDB sehingga tahun 2039.
“Kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan pengurusan fiskal negara kekal bertanggungjawab, telus dan berdaya tahan demi masa depan rakyat dan Malaysia,” kata beliau.
BACA JUGA ‘Hulu Terengganu boleh pergi Putrajaya, beritahu penjawat awam kamu tak suka projek Kota Madani’