Star sertai blok pembangkang Sabah
Parti Solidariti Tanah Airku (Star) mengesahkan bahawa ia akan memainkan peranan sebagai pembangkang di Sabah.
Presidennya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata Star bukan sebahagian daripada pentadbiran baharu akan fokus terhadap peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri Sabah.
“Star hanya memantau keadaan kerana ia tidak dijemput untuk membentuk kerajaan. Oleh itu kita akan mainkan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab. Inilah kedudukan rasmi kita,” kata Kitingan, lapor New Straits Times.
Semalam GRS mengumumkan barisan kabinet yang turut dianggotai BN meskipun GRS dan BN tidak bekerjasama sewaktu kempen pilihan raya.
Star merupakan sebahagian daripada GRS sebelum keluar sebulan sebelum PRN.
Jeffrey ialah mantan Timbalan Ketua Menteri di bawah GRS. Star hanya mempunyai dua kerusi – Tambunan dan Bingkor.
Adun Bingkor, Ishak Ayub, walau bagaimanapun, telah dilantik sebagai timbalan menteri.
Mengulas perkara itu, Kitingan berkata pelantikan tersebut adalah pelantikan langsung dan tidak dirundingkan oleh parti.
GRS telah membentuk kerajaan negeri dengan 29 annotanya dan sokongan tiga Adun UPKO, enam BN, satu PKDM dan lima Bebas.
Warisan ialah parti terbesar dalam blok pembangkang.
BACA JUGA: Ini dia barisan kabinet negeri Sabah yang diketuai Hajiji