Insentif pelaburan dirombak: Kerajaan fokus impak bukan lagi angka gah
Oleh NAZRI HAMDAN
Kerajaan nak rombak insentif pelaburan? Tengku Zafrul jelaskan yang model lama “siapa bawa masuk duit paling banyak, dia dapat insentif paling besar” sudah tidak relevan.
Melalui National Industry Investment Framework (NIIF) kerajaan sekarang fokus pada hasil sebenar yang pelaburan itu beri kepada ekonomi iaitu berapa ramai pekerja tempatan diambil, berapa besar teknologi yang dipindahkan, dan apa limpahan manfaat kepada industri.
Kiranya bukan lagi tentang saiz pelaburan, tapi impak pelaburan.
Zafrul juga kata insentif baru ini akan berbeza mengikut sektor, sebab tidak semua industri beri kesan sama.
Kalau syarikat buat R&D, bekerjasama dengan universiti atau melabur dalam automasi dan teknologi baru, insentif mereka boleh jadi lebih tinggi.
Pada masa sama, NIIF perkenal kawal selia lebih ketat terutama bab buruh asing, supaya pelabur tidak shortcut ambil pekerja murah tanpa melatih tenaga tempatan.
Selain tu, NIIF turut menyokong SME supaya mereka naik taraf dan tidak sekadar jadi penonton bila pelaburan besar masuk.
Matlamatnya ialah jadikan rantaian bekalan Malaysia lebih kuat, lebih pintar dan lebih kompetitif.
Kerangka ini akan bermula penuh untuk sektor pembuatan pada suku pertama 2026.
Pendek kata, kerajaan nak pastikan setiap ringgit insentif yang diberi menghasilkan nilai sebenar untuk rakyat dan ekonomi, bukan sekadar angka pelaburan yang nampak besar atas kertas.
BACA JUGA Samsul, Albert Tei akan didakwa esok dengan 5 pertuduhan