Pendapatan isi rumah B40, M40, T20 naik dan semakin baik

Pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 menunjukkan peningkatan ketara sejak 2022, menggambarkan trend pendapatan rakyat yang semakin baik.

Bagi kelompok B40, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, golongan isi rumah itu mencatat peningkatan purata 5.2 peratus, dengan pendapatan penengah meningkat daripada RM3,440 pada 2022, kepada RM3,815 pada 2024. 

Bagi M40, pendapatan penengah naik daripada RM7,694 pada 2022 kepada RM8,999 pada 2024, iaitu kenaikan sebanyak 5.6 peratus. 

“Golongan T20 turut menunjukkan peningkatan dua peratus, daripada RM15,867 kepada RM16,517 dalam tempoh sama,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa peningkatan pendapatan itu disumbangkan oleh empat punca utama iaitu pendapatan bergaji, bekerja sendiri, harta dan pelaburan serta pindahan semasa.

BACA JUGA Samsul, Albert Tei akan didakwa esok dengan 5 pertuduhan