Tiga menteri angkat sumpah Senator
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara tiga menteri yang dilantik semula sebagai Senator penggal kedua berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Disember 2028.
Dua lagi menteri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Ketiga-tiga pemimpin ini mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah bagi menyambung perkhidmatan mereka dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Dalam ucapannya, Awang Bemee berkata, beliau berharap ketiga-tiga Senator itu dapat menjalankan tugas dengan berkaliber jika terus diberikan amanah dalam pentadbiran kerajaan.
BACA JUGA Sah Malaysia umum pencarian semula kapal MH370 pada Disember ini