Bung Moktar masuk hospital
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Anak Ahli Parlimen Kinabatangan itu, Naim Kurniawan Moktar mengesahkan perkara tersebut.
Bagaimanapun, Naim enggan mengulas lanjut mengenai punca bapanya yang berusia 66 tahun itu dirawat.
Beliau memohon semua pihak supaya mendoakan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook, Naim Kurniawan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang melaksanakan solat hajat untuk bapanya.
“Selaku wakil keluarga, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh imam di Lamag yang berusaha mengadakan solat hajat serta memohon doa kepada Allah SWT demi kesihatan ayahanda saya.
“Doa dan keprihatinan imam-imam amat kami hargai dan menjadi sumber kekuatan kami sekeluarga.
“Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada tuan-tuan,” ujarnya lagi.
BACA JUGA Shamsul akan berusaha bersihkan nama melalui proses undang-undang