Gantung Takiyuddin selama enam bulan, RUU PSB di Dewan Rakyat hari ini
Urusan pertama kerajaan hari ini ialah menggantung Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) selama enam bulan ekoran ucapan yang mencemarkan nama baik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Ucapan tersebut dibuat pada 22 Oktober.
PN telah pun menoal rasional penggantungan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 turut tersenarai untuk bacaan kali kedua.
Waktu pertanyaan menteri (MQT) menyaksikan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) menyoal berkenaan Perkeso, penjagaan kesihatan jangka panjang dan pelaksanaan Skim Lindung 24-7 kepada Menteri Sumber Manusia.
Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pula meminta Menteri Belia dan Sukan menjelaskan berkenaan sokongan dan bantuan kepada individu yang melepasi had umur selepas penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 1 Januari 2026.
Datuk Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu juga bertanya Menteri Sumber Manusia berkenaan kemajuan Dasar Gaji Progresif.
Sesi pertanyaan lisan pula menyaksikan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut bertanya berkenaan kadar had pendapatan yang diguna sebagai ujian kemampuan permohonan perkhidmatan bantuan guaman dan kriteria lain yang dipertimbangkan.
BACA JUGA: Saifuddin dijangka kemuka usul gantung Takiyuddin 6 bulan daripada Dewan