MAHA 2026 “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” bermula 28 Ogos sehingga 6 September 2026

FOTO BERITA: Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2026 bersama YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan D2, MAEPS Serdang, Selangor. 3hb Disember 2025 (Rabu)

Turut hadir YB Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM; pegawai kanan kementerian dan jabatan, wakil agensi serta rakan media.

Dalam ucapannya, Mohamad Sabu menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama warga sektor agromakanan dalam majlis penting yang menandakan bermulanya perjalanan ke arah penganjuran MAHA 2026, sebuah acara dwitahunan terbesar negara dalam industri pertanian dan agropelancongan.

Beliau mengumumkan bahawa MAHA 2026 akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026, mengangkat tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” atau “Value Creation for Food Security”. Tema ini, katanya, mencerminkan aspirasi Malaysia untuk membangunkan ekosistem agromakanan yang lebih berdaya tahan, berasaskan teknologi dan berimpak tinggi.

Mengulas mengenai penganjuran kali ini, Mohamad Sabu menegaskan bahawa MAHA 2026 akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0), terutama dalam memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan mampan, di samping meneroka peluang baharu berasaskan inovasi dan pendigitalan.

Beliau turut menyatakan bahawa MAHA 2026 akan menampilkan pelbagai tarikan istimewa termasuk pameran bunga, pameran agroteknologi, fiesta makanan, pertandingan agro, persembahan laser dan air, sukan rakyat, rewang warisan, Rhythm of the Farmers (ROTF), sesi santai kopi, ruang agropreneur muda, kiddies wonderland, agro safari, taman burung dan pelbagai lagi aktiviti berimpak tinggi yang dijangka menarik jutaan pengunjung.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran logo, sasaran serta maskot MAHA 2026, selain sesi pelepasaan kenderaan Road to MAHA 2026 yang menandai inisiatif jelajah promosi ke seluruh negara.

Mengulas mengenai penganjuran kali ini, Mohamad Sabu menegaskan bahawa MAHA 2026 akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0), terutama dalam memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan mampan, di samping meneroka peluang baharu berasaskan inovasi dan pendigitalan.

Beliau turut menyatakan bahawa MAHA 2026 akan menampilkan pelbagai tarikan istimewa termasuk pameran bunga, pameran agroteknologi, fiesta makanan, pertandingan agro, persembahan laser dan air, sukan rakyat, rewang warisan, Rhythm of the Farmers (ROTF), sesi santai kopi, ruang agropreneur muda, kiddies wonderland, agro safari, taman burung dan pelbagai lagi aktiviti berimpak tinggi yang dijangka menarik jutaan pengunjung.

Mohamad menambah, MAHA 2026 bakal membuka banyak peluang baharu untuk pengusaha dan pelabur sektor agro. Platform ini, menurut beliau, sangat signifikan dalam memudahcara kerjasama perdagangan, perkembangan pasaran eksport dan import serta perkongsian teknologi antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Beliau turut menekankan kepentingan usahawan untuk mengambil peluang memperkukuh jaringan perniagaan dan membina hubungan strategik yang dapat meningkatkan daya saing industri agro negara ke tahap global. Penglibatan generasi muda juga menjadi keutamaan, dengan sasaran 800,000 belia menyertai pelbagai program dan platform pembangunan agro.

MAHA 2026 turut menyasarkan 4 juta pengunjung, nilai pemeteraian RM8 bilion melalui MOU dan MOA, serta RM58 juta nilai transaksi jualan, selain penyertaan lebih 2,000 pempamer dari dalam dan luar negara.

Mengakhiri ucapannya, Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hadir dan memeriahkan MAHA 2026, sambil menyatakan keyakinan bahawa penganjuran tahun hadapan akan memberi inspirasi baharu, membuka lebih banyak peluang dan mengukuhkan masa depan sektor agromakanan negara.