Terlanjur fitnah, bila mahu diambil tindakan ajak solat hajat…

Satu sidang media oleh pembangkang semalam yang menyeru rakyat Malaysia mengadakan solat hajat bagi memohon keadilan untuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengundang kritikan.

Ia berhubung kenyataan berlebihan beliau pada Oktober lalu, yang menggambarkan seolah berlaku serangan terhadap tempat suci ibadat oleh anggota APMM di Masjid Rusila, Marang.

Sehingga kini beliau tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaannya, tetapi hanya memberi bukti kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

Ini bukan kali pertama pemimpin Pas dikaitkan dengan isu fitnah.

Beberapa pihak melihat tiada keperluan untuk bersolidariti bersama kerana ketika fitnah dilemparkan, ia dibuat tanpa berfikir panjang.

Terutama apabila tersebar rakaman CCTV memaparkan tiada langsung kejadian menceroboh masjid, Pas hanya berdiam diri tanpa mengemukakan bukti balas kepada dakwaan mereka.

Dewan Rakyat hari ini bersetuju menangguhkan usul untuk menggantung Takiyuddin dari menghadiri Parlimen selama enam bulan.

Usul akan dibangkitkan pada sidang akan datang.

BACA JUGA Pembangkang ucap terima kasih, usul gantung Takiyuddin ditangguh