Ada PRK di Lamag atau tidak?

Persoalan sama ada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan di DUN Lamag timbul ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pagi ini.

Perkara ini hanya boleh ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bung Moktar telah memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya negeri pada 29 Nov.

Walau bagaimanapun tanda tanya timbul kerana Bung Moktar belum mengangkat sumpah sebagai ADUN yang sah di hadapan Yang Dipertua DUN Sabah.

“Dalam keadaan begini, Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut.

“Ini bermakna ia berada di bidang kuasa SPR dan SPR lah yang akan menentukan kedudukan kerusi Lamag, sama ada mengadakan semula pilihan kecil atau sebaliknya,” kata bekas ADUN Petagas Datuk James Ligunjang, lapor Sinar Harian.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan meninggal pagi ini di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

PRK untuk Kinabatangan akan diadakan sekiranya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mendapati bahawa allahyarham menjadi ahli parlimen kurang dari tiga tahun.

BACA JUGA: Bung Moktar meninggal dunia