Perginya seorang sahabat, rakan seperjuangan susah dan senang – Ahmad Zahid

“Ya Allah… Luluh hati saya saat menerima khabar pemergian sahabat saya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat yang penuh kemuliaan ini”.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan awal pagi tadi sebagai kehilangan seorang sahabat sejati yang begitu dekat di hati.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang rakan seperjuangan yang sentiasa teguh berdiri di sisi dan seorang insan yang sentiasa setia menemani di setiap waktu senang dan susah.

“Sukar untuk saya mencari kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini. 

“Yang tinggal hanyalah doa, mengiringi segala kenangan dan kebaikan yang telah beliau tinggalkan buat kami di dunia ini,” titipnya di Facebook.

Beliau dan seluruh saf kepimpinan UMNO, Barisan Nasional dan rakyat khususnya di Negeri Sabah berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dilimpahi keampunan, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta beramal soleh.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga kalian semua dikurniakan ketabahan, ketenangan dan kekuatan dalam melalui saat yang amat berat ini,” ujarnya 

BACA JUGA Fahmi Reza dakwa orang PKR buat laporan polis terhadapnya