Azman Nasrudin, ahli perniagaan didakwa atas kes rasuah berkaitan projek fidlot

Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) telah didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan untuk menerima rasuah sebanyak RM400,000 dalam satu projek ladang ternakan lembu.

Beliau didakwa berbuat demikian dengan mengarahkan syarikat Kedah Agro Holding Berhad (KAHB) untuk mengeluarkan surat tawaran kepada ahli perniagaan, Mohd Hassanaim Fauzi, yang membayar rasuah tersebut.

Dana rasuah tersebut telah diberikan kepada Amar Assuat Abu Bakar pada 23 Jun 2020 Ketika Azman menjadi exco pertanian di Kedah.

Amar pula berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada Mohd Hassanaim. Kedua-dua Azman dan Amar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Suapan itu diberikan sebagai balasan untuk membantu Mohd Hassanaim mendapatkan projek usahasama ternakan lembu pedaging secara fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro yang ditawarkan oleh KAHB.

BACA JUGA: MP PN didakwa kes rasuah hari ini