Menteri Kesihatan dipuji laksana langkah reformasi kesihatan

Seorang senator telah memuji Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kerana berani melaksanakan langkah reformasi terhadap sektor kesihatan yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

Berikut adalah enam langkah reformasi yang telah disenaraikan oleh Senator Dr A Lingeshwaran di dalam ucapannya semasa sesi debat RUU Perbekalan 2026.

  1. Kenaikan elaun tugas atas panggilan
  2. Perkemas pendaftaran doktor pakar dan perkukuh kawal selia kesihatan awam.
  3. Skim pertukaran suka sama suka untuk pegawai yang berjauhan daripada keluarga.
  4. Pengekalan Waktu kerja 42 jam seminggu untuk jururawat bukti Menteri prihatin terhadap kesinambungan kerja – hidup.
  5. Kenaikan gaji menerusi SSPA mengekalkan kesihatan awam kompetitif
  6. Jawatan tetap di barisan hadapan. 4500 doktor tetap, 833 jururawat tetap dan 935 penempatan tetap untuk graduan jururawat.