PH adakan konvensyen suku pertama 2026, rapatkan saf, susun halatuju

Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan konvensyennya dalam suku pertama tahun hadapan.

Ini bertujuan untuk merapatkan saf dan halatuju keutamaan usaha reformasi untuk dua tahun akan datang.

“Mesyuarat turut memutuskan bahawa satu Konvensyen Pakatan Harapan akan diadakan pada suku pertama 2026, bagi menetapkan fokus keutamaan usaha reformasi serta halatuju negara bagi dua tahun ke hadapan,” umum Datuk Fahmi Fadzil selaku pengarah komunikasi Pakatan Harapan dalam satu kenyataan.

“Mesyuarat juga telah mendalami dan meneliti keputusan PRN Sabah, dan memutuskan supaya beberapa perkara berhubung reformasi institusi perlu diberi keutamaan dan diusahakan dengan lebih tegas dalam masa terdekat,” tambah beliau.

Susulan keputusan pilihan raya Sabah yang teruk untuk DAP, parti tersebut mahu usaha reformasi dilaksanakan pada kadar segera.

BACA JUGA: Tarikh PRK Kinabatangan, Lamag akan diumumkan pada 16 Disember