Tak perlu kelam kabut buat PRK, kubur masih merah – Speaker Sabah

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya kecil DUN Lamag buat masa ini bagi menghormati keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Katanya, beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi itu nanti.

“Tidak perlu kelam kabut kerana kubur masih merah, bunga pun masih segar. Kita menghormati dahulu keluarga Allahyarham.

“Saya akan mendapatkan pemakluman daripada Jabatan Pendaftaran Negara lalu memaklumkan notis pengosongan kepada SPR,” katanya memetik laporan BH pagi ini.

Untuk rekod, Bung Moktar yang berjaya mempertahan kerusi DUN Lamag dengan memperoleh majoriti 153 undi, meninggal dunia, Jumaat lalu ketika belum sempat mengangkat sumpah sebagai ADUN.

BACA JUGA Pelancong asing kagum Malaysia dinobat destinasi pelancongan perubatan nombor 1 dunia