Kecoh kes amuk guna senjata, lelaki warga asing ditahan
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas mencetuskan kekecohan dan bertindak agresif menggunakan senjata tajam di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai, Kepong di Selangor semalam.
Menerusi kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir memaklumkan lelaki berkenaan ditahan polis dalam kejadian 11.30 pagi dengan bantuan orang awam.
“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor D Velraj di talian 013-3631913.
“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,” katanya.
Terdahulu, satu video memaparkan seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai mengamuk di sebuah pangsapuri dikongsikan orang awam di media sosial.
BACA JUGA