Pelantikan ejen pemungut tidak jejas sistem MyJPJ

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan pelantikan syarikat sebagai ejen pemungut bagi beberapa urusan pengangkutan tidak akan menjejaskan atau mengambil alih sistem MyJPJ.

Beliau berkata syarikat berkenaan hanya berperanan sebagai pemungut dilantik bagi pihak kerajaan, sama seperti agensi-agensi lain yang diberi kuasa mengutip bayaran tertentu.

“Mereka adalah pemungut sahaja. Mereka tiada kaitan dengan MyJPJ… tidak akan sentuh, tidak akan diusir ataupun MyJPJ diambil alih oleh Rider Gate ini,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ng Keng Heng pada sesi soal jawab lisan.

Menurutnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan pelbagai proses pendigitalan melalui aplikasi MyJPJ.

Ia termasuk notifikasi tamat tempoh lesen, urusan pembaharuan serta pembayaran sama, sekali gus meningkatkan ketelusan dan mengurangkan risiko kesilapan manual.

BACA JUGA Selepas PRN, ini barisan baharu kepimpinan UMNO Sabah