Pempengaruh jemputan sekolah di Kedah tergamak ucap ini selepas kutuk PMX

Pempengaruh Faiz Aizif, 23, atau lebih dikenali sebagai Faiz Soul yang merasmikan majlis akademik di sebuah sekolah di Bedong, Sungai Petani baru-baru ini rupanya pernah mengutuk Perdana Menteri.

Aktivis media sosial, Syam Ghaz berkata, terdapat penyokong kerajaan yang menegur Faiz secara baik dan tegas ekoran kecaman usahawan tersebut terhadap Perdana Menteri sebelum ini.

Namun, beliau menegur tindakan Faiz yang didakwa membalas kritikan dengan kata-kata seperti “bodoh tak bertempat, bengong tak berakar”, yang dianggap tidak wajar untuk seorang pempengaruh awam.

“Dik, jika kamu berbangga dan pergi sebagai ‘Usahawan Berjaya’ sekalipun, bahasa kamu tu mencerminkan tahap akal kamu dik.

“Sebelum ini saya tidak mengikuti kamu, tetapi dalam kes ini saya membuka dan menonton video kamu bercakap seperti itu.

“Maaflah, jika itu bahasa dan perangai kamu, memang tidak sesuai untuk PPD dan sekolah menjemput kamu pada masa akan datang,” tegas Sham lagi.

Dalam hal itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengadakan siasatan terhadap sekolah yang menjemput Faiz merasmikan majlis anugerah akademik.

Menerusi satu kenyataan semalam, JPN Kedah berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan sedia mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati gagal mematuhi garis panduan jemputan tetamu luar.

“Tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara,” kata JPN Kedah.

Bagaimanapun, Faiz dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun TikToknya kelmarin menafikan dakwaan kononnya dia hadir sebagai wakil atau penyokong mana-mana parti politik.

@faizsoul_

Video Ini Panjang, Tapi Mohon Dengar Isu : Serangan Politik Terhadap Kehadiran Faiz Soul Rasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Bantu Faiz Share & Repost 🙏🏻 @KemPendidikan @Urusetia Penerangan Darul Aman @Fadhlina Sidek

♬ Epic and brave battle orchestra long version(1506108) – Shinnosuke Shibata

BACA JUGA ‘Yang labur seorang saja dapat, yang cicirnya kami’ – Tok Mat