Restoran Khairul Aming belum buka tapi dah kaut 4.9 bintang

Restoran sulung pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming dilihat mendapat reaksi mengujakan daripada orang ramai walaupun belum dibuka lagi.

Semakan di Google Maps mendapati restoran yang terletak di Jalan Daud, Kampung Baru, Kuala Lumpur itu berjaya meraih ulasan mencecah 4.9 bintang.

Khairul Aming dalam videonya memberitahu Rembayung akan dibuka untuk tempahan sahaja kerana tidak mahu pelanggan beratur panjang.

Menjelaskan bahawa beliau bukan ‘syok sendiri’, Khairul Aming berkata, pelanggan akan beratur sejak malam lagi memandangkan terdapat jutaan penyokongnya.

Rata-rata menyokong pembukaan restoran makanan kampung dua tingkat yang dikatakan mampu menampung lebih 250 pelanggan dalam satu masa itu.

@cyberjayaviral

KA sudah maklumkan bahawa rembayung akan terima pelanggan mereka melalui reservation sahaja sebab tak nak susahkan pelanggan #rembayung

♬ original sound – Cyberjayaviral – Cyberjayaviral

BACA JUGA Kisah Logesh Kumaar dedah realiti ‘brutal’ dunia pencipta kandungan