Selangor umum RM2.47 juta bantu penyelenggaraan masjid dan surau tahun 2025

FOTO BERITA: Majlis Penyerahan Sumbangan Dana kepada Masjid dan Surau Negeri Selangor disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari Dato’ Menteri Besar Selangor di Foyer SUK, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. 10 Disember 2025 (Rabu)

Kerajaan Negeri Selangor terus komited memperkasa institusi masjid dan surau sebagai tonggak pembangunan rohani serta perpaduan masyarakat apabila hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM2,470,000.00 bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadah di seluruh negeri tahun 2025.

Dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid dan Surau Negeri Selangor 2025, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor menzahirkan rasa syukur dan menegaskan kepentingan memelihara institusi agama sebagai pusat syiar Islam yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi turut menjadi pusat pendidikan, perpaduan dan benteng moral masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa usaha ini selaras dengan visi “Kita Selangor Maju Bersama” serta aspirasi “Malaysia Madani”, yang menekankan kesejahteraan ummah dan pembangunan holistik masyarakat.

Peruntukan yang disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Bantuan Dana Pembinaan dan Penyelenggaraan Masjid dan Institusi Islam Selangor itu melibatkan:

11 buah masjid, dan 9 buah surau menjadikan keseluruhannya 20 institusi Islam yang dikenal pasti mempunyai keperluan mendesak (seperti disenaraikan

Dana tersebut akan digunakan bagi menampung keperluan pembaikan termasuk kerja-kerja struktur bangunan, penaiktarafan kemudahan seperti sistem siar raya, pendingin hawa dan tempat wuduk. Kerja penyelenggaraan rutin demi memastikan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat untuk para jemaah.

Menteri Besar turut mengingatkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau agar memastikan ketelusan dan kecekapan dalam menguruskan dana tersebut, serta memastikan setiap perbelanjaan memberi impak berganda kepada komuniti setempat.

Beliau turut menzahirkan harapan agar sumbangan ini membantu menjadikan masjid dan surau di Selangor lebih selesa, berfungsi dan terus menjadi mercu kegemilangan umat Islam.wan