Wedding of the year! Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E
Selepas lebih sedekad bergelar ibu tunggal, primadona negara, Erra Fazira hari ini selamat bergelar isteri kepada seorang usahawan yang digelar Mr E atau nama sebenarnya Ezwan Zain.
Pernikahan mereka berlangsung pada jam 9 pagi di sebuah dewan perkahwinan eksklusif di Kampung Melayu, Subang.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, menerima mas kahwin berupa pokok ufti seberat 102 gram dengan 24 keping dinar emas, berserta sebentuk cincin Cartier dianggarkan bernilai RM80,000.
Dalam majlis yang berlangsung di Rinjanie Majestic tersebut, Erra turut menerima hantaran berupa set barang kemas, jam tangan, bag tangan dan kasut.
Pada majlis yang dihadiri 300 tetamu itu, Erra memakai busana tradisional berwarna ‘powder blue ‘ rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Sebelum ini Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun bercerai pada 2006.
Erra kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Engku Emran pada 2007 namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2014. Bersama Emran, Erra dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun