Dua Tahun KD: Dari Penubuhan Asas ke Peneraju Transformasi Digital Malaysia

FOTO BERITA: Majlis Apresiasi & Sambutan Dua Tahun Kementerian Digital 2025 bersama YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital. Turut hadir YB Datuk Wilson Ugak anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital dan Tuan Fabian Bigar Ketua Setiausaha, Kementerian Digital di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur. 12hb Disember 2025 (Jumaat)

Kementerian Digital (KD) hari ini menganjurkan Majlis Apresiasi dan Sambutan Ulang Tahun Kedua penubuhannya sebagai simbol penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan seluruh warga kementerian dalam memacu agenda pendigitalan negara.

Majlis ini bukan sekadar meraikan perjalanan dua tahun KD, bahkan menzahirkan iltizam kementerian dalam menerajui transformasi digital Malaysia ke tahap yang lebih strategik, inklusif dan berimpak tinggi. Dua tahun penubuhan KD turut menandakan evolusi pesat kementerian itu — daripada sebuah entiti baharu kepada peneraju strategik yang membentuk hala tuju digital Malaysia serta mempengaruhi landskap teknologi serantau.

Platform ini juga digunakan untuk menilai pencapaian dua tahun pertama KD, memperkukuh kepimpinan, serta membangkitkan semangat warga kementerian dalam menggerakkan agenda Negara AI, mempertingkatkan perkhidmatan digital, dan membangun ekosistem digital inklusif yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

KD terus komited memastikan Malaysia berada pada landasan sebagai negara berteraskan kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030 melalui inisiatif pendigitalan inklusif yang memperkukuh daya saing nasional.

Pada tahun pertama penubuhannya, KD memberi tumpuan kepada penstrukturan tadbir urus digital dan penggubalan dasar strategik yang telah menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan inisiatif di bawah RMK-12 pada 2025. Pencapaian utama termasuk, Pemantapan agensi di bawah KD, Penyelarasan fungsi utama digital negara, Penyediaan dokumen strategik peringkat nasional, penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi dan sokongan kepada NACSA dalam pembentangan Akta Keselamatan Siber 2024

Pencapaian 2025: Malaysia Peneraju Digital Serantau bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, KD memainkan peranan sentral dalam membentuk dasar digital serantau melalui platform mesyuarat strategik seperti, Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) & ADGSOM Ke-5, Mesyuarat A4IR-TFG Ke-3 dan 2nd ADGSOM–ATRC Leaders’ Retreat 2025.

Kejayaan 3 Tonggak Utama 2025 iaitu Kerajaan Digital (GovTech), Penubuhan Unit GovTech Malaysia bagi memacu inovasi sektor awam, Pewartaan Akta Perkongsian Data 2025 (Akta 864) & perasmian Jawatankuasa Perkongsian Data Negara dan Pemerkasaan Aplikasi MyGOV Malaysia dan Portal MyGovernment, termasuk segmen untuk bukan warganegara.

BEkonomi Digital – Peluncuran Dasar Pengkomputeran Awan Negara (NCCP) dan Geran Penggunaan 5G untuk Industri, MoU bersama Republik Rakyat China (AI & Ekonomi Digital) dan Republik Kyrgyz (Transformasi Digital & Keselamatan Siber) dan memperkenalkan Kod Etika AI dan Kerangka Kawal Selia Adaptasi AI

Masyarakat Digital – Jelajah Malaysia Digital (JMD) 2025 bagi memperkukuh inklusiviti, Program Executive Digital Leadership Programme (EDLP) dan inisiatif Rakyat Digital dan Peluncuran Modul Etika Siber Nasional (ESN)

KD kini memberi fokus sepenuhnya kepada penyediaan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) RMK-13 serta penyelarasan dengan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030: Menuju Negara AI, iaitu fasa ketiga hasil kajian separuh penggal RTEDM dan D4IRN.

Kementerian turut membangunkan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 bagi menyokong aspirasi Malaysia menjadi Negara AI sepenuhnya menjelang 2030. Fokus utama termasuk, pembangunan infrastruktur digital berkelas dunia, pembentukan bakat AI tempatan yang berdaya saing dan pengukuhan kerangka tadbir urus AI yang komprehensif

Dengan hala tuju jelas dan pencapaian signifikan sejak dua tahun lalu, KD bertekad memastikan Malaysia muncul sebagai peneraju kecerdasan buatan di peringkat global.