Sepak takraw pecah rekod penantian 34 tahun
Kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia mendapat pingat emas dalam Sukan Sea 2025 telah memecah rekod penantian selama 34 tahun.
Ia tambah bermakna apabila ia berlaku di bumi Thailand, yang menjadi musuh tradisi pasukan sepak takraw Malaysia.
Kejayaan ini dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
“34-Year Wait Broken: Selepas 34 tahun menunggu, akhirnya sejarah tunduk kepada keberanian anak Malaysia.
“Pingat emas ini bukan sahaja menamatkan kemarau panjang tetapi diraih di bumi Thailand, selaku penganjur Sukan SEA 2025 dan musuh tradisi sepak takraw negara.
“Menewaskan tuan rumah di gelanggang sendiri menjadikan kejayaan ini lebih manis dan bermakna.
“Tahniah pasukan regu sepak takraw negara. Hari ini, Malaysia berdiri dalam satu sejarah baharu,” tulis Hannah menerusi facebook beliau.
Kali terakhir Malaysia menang emas dalam Sukan SEA 1991 di Manila.
Pasukan Malaysia kali ini menang ke atas Thailand 2-1.
Sehingga berita ini ditulis jam 7 petang 14 Disember, Malaysia berada di tempat kelima dalam pungutan pingat di belakang Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura.
Malaysia kini mendapat 16 emas, 52 perak dan 52 gangsa.
BACA JUGA Pendedahan Mahathir, ingatkan umum kepada dakwaan Annuar Musa