Pendedahan Mahathir, ingatkan umum kepada dakwaan Annuar Musa

Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mencuri duit mengingat umum kepada pendedahan Tan Sri Annuar Musa suatu masa dahulu.

Ketika itu, Annuar adalah pemimpin Umno yang mempertahankan Mahiaaddin dari diserang oleh pemimpin Umno yang lain.

Menurut Annuar, ketika kempen pilihan raya negeri Sabah sebelum ini, Mahiaddin lah yang membantu calon-calon Umno.

“Bila saya masuk bilik tan sri…. ada puluhan juta ringgit di dalam bilik…” kata Annuar ketika membuat pendedahan itu.

Ekoran itu, Annuar berkata, SPRM telah merakam keterangan beliau tentang sumber dana Mahiaddin itu.

Beberapa hari lepas, Mahathir mendakwa, Mahiaddin terpaksa menjadi PM untuk mengelakkan beliau dari masuk dalam (penjara).

“Dia bukan apa..dia ada masalah, dia nak jadi Perdana Menteri bukan kerana dia nak berkhidmat.

“Pasal kalau dia tak jadi Perdana Menteri ada kemungkinan dia masuk dalam..pasal dia pun curi duit…saya tahu,” kata Mahathir dalam pertemuan beliau dengan Armada Bersatu negeri Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

“Duit dibagi kepada parti, dia tak bagi kepada parti dia simpan di rumah dia,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir turut mendakwa dengan peruntukan dana yang banyak itu juga menjadi punca kepada kekalahan beliau di Langkawi dalam pilihan raya sebelum ini.

“Duit itulah dia belanja..belanja banyaklah sampai saya kalah di Langkawi, pasal inilah orang-orang dia menang,” katanya yang tewas dalam pertembungan lima penjuru ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga hilang wang deposit.

Ekoran itu, Mahiaddin segera menafikan dakwaan Mahathir itu dan mendakwa Mahathir mendapat maklumat salah.

Namun, katanya, beliau tidak mahu memanjangkan isu ini.

“Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung.

“Dakwaan sedemikian dibuat berkemungkinan kerana beliau mendapat maklumat yang tidak benar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Mahiaddin dalam satu kenyataan ekoran tularnya dakwaan Mahathir itu.

BACA JUGA Bila Mahathir memberikan pakuan terakhir kepada Bersatu, maka berpecahlah…