Siapa main lumpur ni… oh timbalan menteri
Siapa main lumpur ni… oh timbalan menteri. Itulah Adly Zahary, Timbalan Menteri Pertahanan yang bermain lumpur bersama ramai pemimpin Melaka yang lain termasuk Ketua Menteri.

Mereka ‘bermandi lumpur’ di Pesta Menyelanak D’Sawah (Sukan Bendang) yang berlangsung di kawasan bendang Kampung Ku Sayang, Bukit Baru, Melaka.
Dalam program ini, pelbagai aktiviti tradisional rakyat telah dianjurkan antaranya bermain bola dalam bendang, pertandingan menangkap itik serta cabutan bertuah yang menceriakan suasana.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Datuk Fairul Nizam, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar.

“Tahniah dan syabas kepada JPKK Kampung Ku Sayang selaku penganjur atas kejayaan menjayakan program yang memartabatkan warisan budaya dan semangat kemasyarakat,” tulis Adly, Naib Presiden AMANAH itu menerusi facebook beliau.
Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka antara pemimpin muda AMANAH yang sedang mendapat perhatian dari orang ramai.
BACA JUGA “Saya tak tahu apa-apa” jadikan Sanusi yang garang terkedu