Amaran hujan lebat tahap buruk landa Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda di seluruh Kelantan dan Terengganu sehingga 18 Disember ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca itu juga diramalkan membabitkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor meliputi Mersing dan Kota Tinggi.
Bagi tempoh sama juga, hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Jabatan itu turut memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga esok di Pahang membabitkan Raub dan Bentong.
Di Sarawak, cuaca sama melanda di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
BACA JUGA Tekanan warga pondok desak tindakan terhadap dua tuan guru ditarik balik