Pemahaman Pas bukannya Islam tidak dibudayakan fanatik
Oleh AHMAD AZRI ABDULLAH
Saya setuju benar dengan bahagian awal penulisan dan perenggan ketiga daripada akhir tulisan Idris Ahmad ini.
Jarang sekali saya ada nak bersetuju dengan Pas, apatah lagi nukilan Naib Presiden parti itu.
Bahagian awal penulisan Idris itulah hakikat sebenarnya yang perlu difahami sebahagian besar penyokong Pas.
Pas bukannya Islam, Islam bukan Pas. Cantik sangatlah apabila pemimpin utamanya sedar perkara ini. Sayangnya pemahaman yang sama tidak dibudayakan fanatik Pas.

Cuba tanyalah mana-mana orang yang memilih kenderaan politik lain, terutamanya kalau memilih AMANAH, PKR atau pun DAP.
Tentu sekurang-kurangnya 10 kali kena tuduh sebagai ba**u, penyokong kafir harbi, munafik dan pengkhianat Melayu.
Masuk neraka
Paling best kalau musim pilihan raya raya siap didendangkan undi parti lain masuk neraka, undi Pas masuk syurga. Cuba YB Idris jujur, siapa yang mulakan naratif ini?
Malah, kawan baru PH macam UMNO pun tidak terlepas daripada makian sebegini. UMNO pun dah dituduh pengkhianat Melayu dan dah tidak perjuangkan syariat Islam.
Perenggan 6 ke atas YB itu saya anggap sebagai penulisan politik YB lah. Cuma tak cantik membina naratif tunggang agama kepada orang lain sedangkan pesanan akhir YB adalah “Penilaiannya Allah, bukan Pas”.
Hakikatnya, kemuliaan dan keutamaan Islam itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan dan mempunyai pelindung di bawah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Islam akan terus kekal teguh, kukuh dan selamat tanpa Pas, AMANAH mahu pun UMNO.
Apa pun, saya menghargai pengakuan YB, parti politik hanyalah kenderaan. Pilihlah yang mana pun asalkan baik, sesuai dan tidak memecah-belahkan masyarakat.
Nak sokong Pas, silakan. Tapi kalau tak sokong Pas, janganlah pula kami dikafirkan.
Semoga pesanan awalan YB ini dihayati pendukung Pas. Perjuangan Islam bukan milik Pas.
Salah satu kredit pencapaian pengukuhan syiar Islam bawah Kerajaan Madani sekarang ialah apabila akhirnya pramugari MAS dah ada uniform berhijab.
Dulu isu ini setiap kali dalam Parlimen akan jadi modal Pas bentak kerajaan. Apabila akhirnya dah dilaksanakan, sedikit pun tidak ada kredit kepada Kerajaan Madani, yang ada ucap tahniah kepada MAS sahaja.
Zaman BN jadi kerajaan tidak berjaya buat, zaman PN-Pas kerajaan pun tidak berjaya. Alhamdulillah, Madani dapat laksanakan. Bukti jelas, mana-mana parti pun boleh bela Islam.
*AHMAD AZRI ABDULLAH merupakan Exco Pemuda AMANAH Nasional dan Ketua Pemuda AMANAH Tangga Batu.
BACA JUGA Tekanan warga pondok desak tindakan terhadap dua tuan guru ditarik balik