Sukan SEA Thailand: Berapa pingat Malaysia dah kumpul sekarang?
Semalam merupakan hari keenam berlangsungnya Sukan SEA Thailand 2025.
Malaysia telah berjaya menambah empat lagi pingat emas dalam keseluruhan pingat yang dikumpul.
Antara yang membanggakan adalah kemenangan Pearly Tan-M. Thinaah, dalam acara badminton bagi beregu wanita. Ia menamatkan kemarau 10 tahun negara bagi acara itu.
Selain itu, Nur Syafiqah Hamzah turut cemerlang membutirkan emas dalam silat seni menerusi acara tunggal puteri.
Jaguh menembak negara, Johnathan Wong, mengekalkan reputasinya di peringkat Asia Tenggara dalam acara 10m air pistol lelaki.
Paling mencuri tumpuan ialah kejayaan skuad sepak takraw negara menamatkan kemarau 32 tahun pingat emas acara regu berpasukan lelaki dengan menewaskan tuan rumah, Thailand, 2-1 dalam aksi final.
Malaysia kini menduduki tangga kelima keseluruhan dengan 20 pingat emas, 23 perak dan 67 gangsa.
Kedudukan penuh:
