Kejayaan Malaysia raih emas dalam sepak takraw dapat liputan media Jerman
Nampaknya kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, bahkan kemenangan sulung kali ini turut mendapat liputan media di Jerman.
Portal DW News melaporkan detik sebak pasukan Malaysia akhirnya berjaya menamatkan ‘kemarau’ selama 34 tahun untuk memperoleh pingat emas dalam acara itu.
Ia juga melaporkan bahawa kejayaan tersebut sebagai cukup manis buat ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharom kerana beliau sebahagian daripada pasukan negara yang memenangi emas dalam acara sama pada edisi 1991 di Manila, Filipina.
Sementara itu, rata-rata rakyat Malaysia membanjiri artikel yang dimuat naik di X tersebut dengan ucapan tahniah dan rasa bangga terhadap skuad pasukan negara.
“Nama Malaysia sampai ke Jerman”.
“Hidup sepak takraw!”, demikian antara ciapan pengguna X.
BACA JUGA Steven berat hati nak ‘pergi’ tapi sedia galas tanggungjawab besar