Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat 490 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat daripada 205 orang malam tadi kepada 490 mangsa setakat 9.20 pagi ini berikutan banjir gelombang kedua di negeri itu.
Kesemua mereka yang terdiri daripada 152 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).
Daerah Kemaman dan Dungun mengalami hujan tanpa henti sejak malam tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 412 mangsa banjir daripada 121 keluarga berlindung di 10 PPS di Kemaman.
Di Dungun pula, 78 mangsa banjir daripada 31 keluarga berlindung di dua PPS.