Pengerusi AMANAH Sabah dilantik menjadi Supol Ketua Menteri

Pengerusi AMANAH Sabah, Datuk Lahiru Latigu dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah hari ini, 18 Disember 2025.

Lahiru mengangkat sumpah jawatan di depan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nur hari ini.

Dalam PRN Sabah baru-baru ini, Lahiru tidak bertanding apabila memberikan laluan kepada rakannya, Zulfikar Ab Mijan menjadi calon kepada satu-satunya kerusi yang ditandingi AMANAH dalam pilihan raya kali ini.

Jun lalu, ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Sabah itu mendapat anugerah Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk, sempena Hari Ulang Tahun Rasmi Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

BACA JUGA Apa kata bapa saudara tentang Ustazah Marhamah?